TRILOGI KISAH SURAH AL-KAHFI: ASHABUL KAHFI (PART 3/ BHG 3)
Sambungan yang lepas;Monday, August 12, 2013 AT 8:23 AM
Mahkota Raja:
Pendeta itu berdiri sambil berkata,
Ali bin Abi Thalib menerangkan,"Jika kamu benar-benar tahu, cuba terangkan kepadaku daripada apakah mahkota itu dibuat?"
"Mahkota raja itu diperbuat daripada kepingan-kepingan emas, berkaki sembilan buah dan setiap kakinya bertaburan mutiara yang memancarkan cahaya laksana bintang-bintang menerangi kegelapan malam.
6 Orang Pembantu Raja;Raja itu juga mempunyai 50 orang pelayan yang terdiri daripada anak-anak hulubalang. Semuanya memakai selempang dan baju sutera berwarna merah dan celana mereka juga diperbuat daripada sutera berwarna hijau. Semuanya dihias dengan gelang-gelang kaki yang sangat indah. Masing-masing diberi tongkat yang diperbuat daripada emas. Mereka harus berdiri di belakang raja. Selain mereka, raja juga mempunyai enam orang yang terdiri daripada anak-anak para cendekiawan untuk dijadikan menteri-menteri atau pembantu-pembantunya
Raja tidak mengambil sesuatu keputusan tanpa berunding terlebih dahulu dengan mereka. Enam orang pembantu itu selalu berada di kanan dan kiri raja, tiga orang berdiri di sebelah kanan dan tiga orang lagi berdiri di sebelah kiri."
Pendeta itu bertanya lagi,
Ali bin Abi Thalib menjawab,"Hai Ali, jika yang kau katakan itu benar cuba sebutkan nama enam orang yang menjadi pembantu-pembantu raja itu."
"Kekasihku Muhammad s.a.w. menceritakan kepadaku bahawa tiga orang yang berdiri di sebelah kanan raja bernama Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimina. Tiga orang pembantu yang berdiri di sebelah kiri raja bernama Martelius, Casitius dan Sidemius. Raja akan berunding dengan mereka mengenai segala urusan.
Setiap hari raja duduk dalam serambi istana dan dikerumuni oleh semua hulubalang dan para pengawai, maka masuklah tiga orang pelayan menghadap raja. Seorang antara mereka membawa piala emas yang berisi penuh wangian murni. Seorang lagi membawa piala perak yang berisi penuh air sari bunga dan seorang lagi membawa burung.
Pelayan yang membawa burung ini mengeluarkan suara isyarat lalu burung itu terbang di atas piala yang berisi air sari bunga dan burung itu berkecimpung di dalamnya dan mengibas-ngibaskan sayap serta bulunya sehingga sari bunga itu habis dipercikkan ke semua tempat sekitarnya.
Kemudian pelayang pembawa burung tadi mengeluarkan suara isyarat lagi. Burung itu terbang lalu hinggap di atas piala yang berisi wangian murni. Burung itu berkecimpung di dalamnya dan mengibas-ngibaskan sayap dan bulunya sehingga ke tempat sekitarnya. Pelayan pembawa burung itu memberi suara isyarat lagi dan burung itu lalu terbang
Raja mengaku Tuhan:serta hinggap di atas mahkota raja sambil membentangkan kedua sayap yang harum semerbak di atas kepala raja.
Pencarian Pencipta sebenar;Demikian raja itu berada di atas singgahsana kekuasaan selama 30 tahun. Dalam tempoh tersebut, Raja Diqyanus tidak pernah diserang sebarang penyakit dan tidak pernah merasa sakit kepala, sakit perut, demam, meludah ataupun berhingus. Disebabkan Raja Diqyanus merasakan dirinya sihat dan kuat, dia mula berasa bongkak, derhaka dan zalim. Dia mengaku dirinya sebagai Tuhan dan tidak maku mengaku adanya Allah s.w.t.
Raja Diqyanus kemudian memanggil orang-orang terkenal daripada rakyatnya. Sesiapa yang taat dan patuh kepadanya akan diberi pakaian dan pelbagai hadiah. Sesiapa yang tidak mahu taat atau tidak bersedia mengikuti kemahuannya akan dibunuh. Oleh sebab itu, semua orang terpaksa mengikut kemahuannya. Dalam masa yang cukup lama, semua orang patuh kepadanya sehingga dia disembah dan dipuja. Mereka tidak lagi menyembah Allah s.w.t.
Pada hari perayaan ulang tahunnya, Raja Diqyanus sedang duduk di atas singgahsana dan mengenakan mahkota di atas kepala. Tiba-tiba masuk hulubalang memberitahu bahawa ada bala tentera asing masuk menyerbu ke dalam wilayah kerajaannya dengan bermaksud ingin melancarkan peperangan terhadap kerajaan Raja Diqyanus. Raja Diqyanus merasa sedih dan binggung sehingga tanpa disedari mahkota yang sedang dipakainya terjatuh daripada kepalanya. Kemudian Raja Diqyanus sendiri jatuh terpelanting dari atas singgahsana. Salah seorang pembantu yang berdiri di sebelah kanan iaitu Tamlikha memerhatikan keadaan Raja Diqyanus sambil berfikir dan dia berkata dalam hatinya, "Kalau Raja Diqyanus benar-benar Tuhan seperti apa yang diakuinya tentu dia tidak akan sedih dan tidak tidur, tidak membuang air kecil ataupun air besar. Itu semua bukan sifat-sifat Tuhan."
Enam orang pembantu Raja Diqyanus itu setiap hari akan mengadakan pertemuan di tempat seorang daripada mereka secara bergilir-gilir. Pada suatu hari, tiba giliran Tamlikha menerima kunjungan lima orang temannya. Mereka berkumpul di rumah Tamlikha untuk makan dan minum tetapi Tamlikha sendiri tidak ikut makan dan minum. Teman-temannya bertanya mengapa Tamlikha tidak mahu makan dan minum. Tamlikha mengatakan bahawa hatinya sedang risau akan sesuatu perkara yang membuatkan dia tidak makan, minum dan juga tidak tidur. Teman-temannya terus bertanya tentang perkara yang merisaukan hatinya.
Tamlikha menjelaskan;
Teman-teman Tamlikha terus berlutut di hadapannya. Dua kaki Tamlikha dicium sambil berkata,"Sudah lama aku memikirkan soal langit. Aku lalu bertanya kepada diriku sendiri, siapakah yang mengangkatnya ke atas sebagai atap yang sentiasa aman dan terpelihara tanpa pergantungan dari atas dan tanpa tiang yang menyokongnya dari bawah? Siapakah yang mengerakkan matahari dan bulan di langit itu? Siapakah yang menghias langit dengan bintang-bintang yang bertaburan?
Kemudian aku memikirkan juga bumi ini, siapakah yang membentangkan dan menghamparkannya di cakerawala? Siapakah yang menahannya dengan gunung-ganang agar tidak goyah, tidak goncang dan tidak condong? Aku juga lama memikirkan tentang diriku sendiri, siapakah yang mengeluarkan aku sebagai bayi dari perut ibuku? Siapakah yang memelihara hidupku dan memberi makan kepadaku? Semua itu pasti ada yang membuat dan sudah pasti bukan Raja Diqyanus".
Tamlikha menjawab;"Wahai Tamlikha, dalam hati kami sekarang terasa sesuatu seperti yang ada dalam hatimu maka tunjukkanlah jalan keluar bagi kita semua".
Teman-teman Tamlikha bersetuju dengan pendapatnya."Teman-temanku sekalian, baik aku mahupun kalian tidak menemui jalan selain harus lari meninggalkan raja yang zalim itu, pergi kepada Raja Pencipta langit dan bumi".
Berangkat pergi;
Tamlikha lalu berdiri terus beransur pergi menjual buah kurma dan akhirnya berhasil mendapatkan wang sebanyak 3 dirham. Wang itu kemudian diselipkan di dalam poket bajunya. Dia terus berangkat bersama 5 orang temannya dengan berkenderaan kuda meninggalkan Raja Diqyanus yang zalim itu
Selepas berjalan 3 batu jauhnya dari kota, Tamlikha berkata kepada teman-temannya,
Mereka turun dari kuda masing-masing dan berjalan kaki sejauh tujuh farsakh sehingga kaki mereka bengkak berdarah kerana tidak pernah berjalan sejauh ini."Teman-temanku, kita sekarang sudah terlepas dari raja dunia dan kekuasaannya. Sekarang turun kalian dari kuda dan marilah kita berjalan kaki. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan memudahkan urusan kita serta memberikan jalan keluar".
Info penting:
-Mil ialah ukuran jarak yang bersamaan dengan 1760 ela, sebatu
Sudah sampai penghujung bagi bahagian 3, insyaAllah akan bersambung lagi pada masa akan datang.- Farsakh ialah ukuran panjang yang sama dengan 3 batu atau 4.8 kilometer
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
0 comment(s)