H·U·R·A·I·R·A·H
- العليم/Al-’Alim /Yang Maha Mengetahui/The Omniscient -
Facebook · Twitter · Ask.fm · Follow · Intagram
Trilogi Kisah Surah Al-Kahfi: Ashabul Kahfi (Part 1/ Bhg 1)
Wednesday, May 22, 2013 AT 6:24 PM


Assalamu'alaikum, sudah agak lama diri ini tidak menulis sesuatu di blog. Alhamdulillah selepas dikurniakan Allah idea untuk berkongsi sedikit ilmu daripada buku Trilogi Kisah Surah Al-Kahfi: Ashabul Kahfi. Buku ini ditulis oleh Sahlawati Abu Bakar dan Nursyuhada Che Saad, terbitan Mazni Irfan Publication. Buku ini memang seronok untuk di baca oleh semua orang di dunia sementara ini, penuh dengan pengajaran. Dengan itu, saya di sini akan mulakan perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini. Harap ia memberi manfaat pada anda semua. Perkongsian ini akan bersambung-sambung, maksud saya ialah ia akan ada 'part by part'. :)

Khalifah Umar disoal

Terdapat riwayat yang menceritakan mengenai kisah Ashabul Kahfi. Riwayat ini dikemukakan supaya para pembaca dapat memperolehi imput tambahan mengenai penceritaan Ashabul Kahfi. Diceritakan bahawa ketika Umar bin al-Khattab (radi Allahu anhu)  memangku jawatan sebagai Amirul Mukminin, beberapa orang Yahudi datang berjumpa dengan beliau. Mereka berkata kepada Khalifah,   

"Hai Khalifah Umar, kamu adalah pemegang kekuasaan selepas Muhammad dan sahabatnya, Abu Bakar. Kami hendak bertanya beberapa masalah penting kepada kamu. Jika kamu dapat memberi jawapan kepada kami, baru kami percaya bahawa Islam merupakan agama yang benar dan Muhammad benar-benar seorang Nabi. Sebaliknya jika kamu tidak dapat memberi jawapan beerti Islam itu batil dan Muhammad bukan seorang Nabi."

     Kemudian Khalifah Umar al-Khattab (radi Allahu anhu) mempersilakan mereka untuk mengajukan soalan tersebut.

"Jelaskan kepada kami apakah induk kunci (gembok) mengunci langit? Kemudian terangkan kepada kami mengenai kubur yang berjalan bersama penghuninya, tunjukkan juga kepada kami suatu makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya tetapi ia bukan manusia dan bukan juga jin, terangkan kepada kami tentang lima jenis makhluk yang dapat berjalan di permukaan bumi tetapi makhluk-makhluk itu tidak dilahirkan daripada kandungan ibunya. Kemudian beritahu kepada kami apa yang dikatakan oleh burung puyuh di saat ia sedang berkicau dan apakah yang dikatakan oleh ayam jantan di saat ia sedang berkokok. Jelaskan juga apakah yang dikatakan kuda di saat ia sedang meringkik dan apakah yang dikatakan sewaktu ia sedang bersuara. Selain itu, terangkan juga apakah yang dikatakan oleh keldai di saat ia sedang meringkik dan apakah yang dikatakan oleh burung pipit sewaktu ia sedang berkicau?"

       Khalifah Umar (radi Allahu anhu) menundukkan kepala berfikir sejenak, kemudian berkata,

"Bagi Umar, jika menjawab tidak tahu atas pertanyaan-pertanyaan yang tidak diketahui jawapannya, ia bukan suatu hal yang memalukan."         



      Mendengar jawapan Khalifah Umar (radi Allahu anhu) itu , pendeta-pendeta Yahudi yang bertanya berdiri melonjak-melonjak keriangan sambil berkata,

"Sekarang kami bersaksi bahawa Muhammad memang bukan seorang Nabi dan agama Islam ini adalah batil."  

Ali Bin Abi Thalib dipanggil 

Salman al-Farisi yang hadir ketika itu segera bangkit dan berkata kepada pendeta-pendeta Yahudi itu supaya menunggu sebentar. Salman al-Farisi cepat-cepat pergi ke rumah Ali bin Abi Thalib dan meminta pertolongan daripada Ali Bin Abi Thalib untuk menyelamatkan agama Islam.

      Salman al-Farisi menceritakan apa yang sedang dihadapi oleh Khalifah Umar (radi Allahu anhu). Saidina Ali (radi Allahu anhu) segera berangkat menuju ke rumah Khalifah Umar (radi Allahu anhu) dan berjalan memakai burdah iaitu selembar kain penutup badan atau leher peninggalan Rasulullah S.A.W.. Ketika Khalifah Umar (radi Allahu anhu). melihat Ali Bin Abi Thalib datang, beliau bangun dari tempat duduk dan terburu-buru memeluk Ali Bin Abi Thalib sambil berkata,   

"Ya Abal Hasan, setiap ada kesulitan besar, engkau selalu ku panggil."

  Ketika berhadapan dengan pendeta-pendeta Yahudi yang sedang menunggu jawapan itu,  Ali Bin Abi Thalib berkata,


"Silakan kalian bertanya tentang apa sahaja yang kalian inginkan, Rasulullah S.A.W. mengajar kepada aku berbagai ilmu dan setiap jenis daripada ilmu-ilmu itu mempunyai seribu macam cabang ilmu".

Coretan ilmu,      

Kemampuan 'Ali dalam bidang ilmu agama ini telah disabdakan Rasulullah S.A.W.: 

"Aku adalah gudang ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Mereka yang ingin mendapatkan ilmu(ku), hendaknya datang melalui pintu-nya".

Rasulullah S.A.W. juga bersabda: "Yang paling berilmu dari umat-ku, sesudahku, adalah 'Ali bin Abi Thalib'. Yang paling boleh membuat keputusan hukum dari umatku adalah 'Ali''Ali adalah paling boleh membuat keputusan dari kamu sekalian."

Sampai di sini sahaja bagi bahagian satu (Part 1). Semoga bahagian kedua (part 2) nanti dapat ditulis dalam blog ini, InsyaAllah, sekian Assalamu'alaikum. Wallahu Anta A'lam.






Newer Post → ← Older Post