Kekasih-Nya..
Wednesday, January 23, 2013 AT 7:10 PM
"Sekejap saja ya Allah, harinya sudah tiba. Tidak dapat ku rasai kehadirannya melainkan berselawat kepadanya.. Ya Allah, tidak dapat ku bayangkan betapa besarnya keagungan yang Engkau beri padanya. Betapa hebatnya kewibawaannya, betapa hebatnya akhlaknya, betapa indahnya personalitinya dan betapa mulianya dia di sisiMu. Hanya pada engkau wahai Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam’ kami berselawat, memujimu sebagai umatmu yang terakhir. Semoga kami semua dapat bersamamu di sana bersama-sama dengan syafaat yang engkau berikan kepada kami..."
Bulan Rabiul Awal merupakan bulan ketiga dalam Takwin Hijrah. Bulan ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiul Awal. Pelbagai acara sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memuliakan hari keputeraan junjungan kita ini.
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT.
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku". [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas'ud r.a].
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku". [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas'ud r.a].
Dengan memperbanyakkan selawat juga kita akan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghilangkan kesusahan dan kegelisahan, meluaskan rezeki, dikabulkan segala keperluannya dan InsyaAllah akan memperolehi syafaat di akhirat kelak. Semua ini akan dapat dicapai jika kita sentiasa mengamalkannya dengan penuh yakin dan istiqamah. Walau bagaimanapun, janganlah menganggap hanya dengan berselawat sahaja kita akan memperolehi kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan tadi sedangkan amalan-amalan yang lebih utama seperti sembahyang, puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi diabaikan.
Mari kita menghayati kisah ini, kecintaan Para Sahabat kepada Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam’.
Berita kewafatan Rasulullah saw segera tersebar ke seluruh kota Madinah. Orang ramai terkejut dan masing-masing tidak dapat menahan kesedihan. Mereka berebut-rebut menziarahi Rasulullah saw. Tetapi kerana terlalu ramai, mereka terpaksa mengikut giliran. Mereka menangis meratap hiba. Umar Al-Khattab juga tidak dapat menahan perasaannya. Sebaik sahaja mendengar berita itu, beliau segera keluar dari rumahnya dan berlari-lari menuju ke rumah Rasulullah saw. tetapi beliau tidak dapat masuk kerana orang terlalu ramai. Tambahan pula, hanya keluarga Muhammad saw yang dibenarkan masuk dahulu.
Umar Al-Khattab berjalan mundar-mandir. Dia terdengar mereka sedang bercakap berkenaan Rasullulah saw. Ada yang percaya, ada pula yang tidak percaya. Malah ada pula yang mengatakan selepas beliau wafat maka umat Islam akan kembali ke agama asal nenek moyang mereka.
"Orang munafik yang lemah imannya mengatakan Rasulullah saw sudah meninggal dunia. Beliau tidak wafat tetapi pergi menghadap Allah seperti yang dilakukan oleh Nabi Musa a.s. dahulu. Nabi Musa pergi meninggalkan kaumnya 40 hari 40 malam. Kemudian beliau kembali kepada kaumnya."
"Demi Allah, Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah, beliau pergi sebentar dan pasti kembali. Saya memberi amaran keras. Sesiapa yang berani mengatakan Nabi Muhammad saw sudah wafat, nescaya saya potong tangan dan kakinya," teriak Umar Al-Khattab sambil menghunus pedangnya.
Melihat kelakuan Umar Al-Khattab yang sudah hilang pertimbangan, orang ramai semakin gelisah. Mereka tidak berani lagi bercakap mengenai kewafatan Rasulullah saw. Beberapa orang sahabat menemui Abu Bakar As-Siddiq.
"Umar Al-Khattab mengancam akan membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan Rasulullah saw sudah wafat. Kata-katanya itu menakutkan orang ramai. Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Kita perlu melakukan sesuatu," Kata Ikramah.
Abu Bakar As-Siddiq segera menghadap orang ramai lalu berkata, "Saya akan melihat sendiri keadaan Rasulullah saw. Selepas itu saya akan memaklumkan keadaan beliau."
"Itulah yang sebaiknya. Pergilah segera masuk ke rumah Rasululla saw," kata Ikramah.
Abu Bakar As-Siddiq segera masuk ke rumah Rasulullah saw. Dilihatnya jasad Nabi Muhammad saw yang mulia itu terbaring dan seluruh tubuhnya ditutup dengan kain. Abu Bakar As-Siddiq bersimpuh di sisi jenazah Rasulullah saw lalu membuka kain yang menutup wajahnya. Abu Bakar As-Siddiq mencium dahi Nabi Muhammad saw lalu berkata, " Kepada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita pulang. Sesungguhnya maut yang ditakdirkan Allah bagi sekalian makhluknya sudah tuan rasakan sekarang dan selepas ini tuan tidak akan merasakan kematian buat selama-lamanya."
Kemudian Abu Bakar As-Siddiq menutup semula wajah Rasulullah saw dengan kain. Beliau keluar dari rumah Aisyah. Pada masa itu, orang ramai sedang mendengar Umar Al-Khattab berucap. Sebaik sahaja mereka melihat Abu Bakar As-Siddiq, mereka mengerumuni beliau.
"Bagaimana keadaan Rasulullah saw?. Beritahu kami keadaan beliau yang sebenarnya," desak mereka.
"Wahai sahabatku Umar Al-Khattab, bertenang dan marilah berdiri di sebelah saya. Saya akan bercakap perkara yang sebenarnya dan saya tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah," kata Abu Bakar As-Siddiq.
Umar Al-Khattab datang lalu berdiri di sebelah kanan Abu Bakar As-Siddiq. Ikramah dan Abu Ubaidah pula berdiri di belakang umar Al-Khattab dan bersedia menghadapai segala kemungkinan.
"Bertenang tuan-tuan semua. Kita dengarkan apa yang akan dikatakan oleh Abu Bakar As-Siddiq," kata Abu Ubaidah.
Orang ramai menumpukan perhatian kepada Abu Bakar As-Siddiq. Suasana yang bsising bertukar senyap. Masing-masing menumpukan perhatian kepada perkara yang hendak diucapkan oleh Abu Bakar As-Siddiq.
"Wahai kaum muslimin, barang siapa yang menyembah Muhammad, ketahuilah Muhammad sudah wafat. barang siapa yang meneymbah Allah swt, maka Allah itu hidup dan tidak akan mati," kata Abu Bakar As-Siddiq. Kemudian dia membacakan ayat suci yang bermaksud,
"Muhammad itu hanyalah seorang Rasul. Sudah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah sekiranya dia wafat atau terbunuh maka kamu berpatah balik ke belakang? Barang siapa yang berbalik ke belakang maka tidak mendatangkan apa-apa pun kerugian kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur." [Ali-Imran:144]
"Muhammad itu hanyalah seorang Rasul. Sudah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah sekiranya dia wafat atau terbunuh maka kamu berpatah balik ke belakang? Barang siapa yang berbalik ke belakang maka tidak mendatangkan apa-apa pun kerugian kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur." [Ali-Imran:144]
Umar Al-Khattab kelihatan terpegun apabila mendengar ayat-ayat suci yang dibacakan oleh Abu Bakar As-Siddiq. Jiwanya yang keras berubah lembut. Dia menyarungkan pedangnya dan berkata, "Benar apa yang dikatakan Abu Bakar As-Siddiq. Saya dikuasai perasaan marah sehingga terlupa ayat Allah itu".
Suasana menjadi hiba dengan pemergian Baginda Nabi saw. Mereka akhirnya telah kehilangan seorang Rasul, seorang pemimpin umat Islam dan juga kekasih hati mereka.
Akhirnya mereka menerima kenyataan yang Rasulullah saw sudah wafat. Beliau sudah pergi menghadap kekasih agungnya, Allah swt.
Pergi buat selama-lamanya.
Jadi bagaimanakah cinta kita terhadap Baginda SAW? Mari kita renung kembali, kita ini umat Baginda SAW yang terakhir. kita mungkin tidak sehebat sahabat Baginda SAW tapi ia tidak menjadi penghalang kita untuk merasai rasa cinta kita terhadap Baginda.
Kita juga boleh merasai nikmatnya kecintaan kepada Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam’ dengan melakukan sunnah-sunnah Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam’ dengan itu InsyaAllah kita pasti dapat merasainya walaupun sedikit.
Sempena bulan Rabiul Awal ini, mari kita semua meng-list-kan sunnah yang boleh kita lakukan dalam bulan Rabiul Awal. Kita lakukannya dengan 5 sunnah pada tahun ini, biar sedikit janji kita dapat istiqomah.
Sempena bulan Rabiul Awal ini, mari kita semua meng-list-kan sunnah yang boleh kita lakukan dalam bulan Rabiul Awal. Kita lakukannya dengan 5 sunnah pada tahun ini, biar sedikit janji kita dapat istiqomah.
Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’
.
1. Senyuman
.
2. Dahulukan Kanan
.
3. Berpakaian
.
4. Bercelak
.
5. Memakai Cincin
.
6. Makan
.
7. Minum
.
8. Bersilaturrahim
.
9. Berjalan
.
10. Berkata
.
11. Tertawa
.
12. Bergurau
.
13. Tidur
.
14. Membaca al-Quran
.
15. Ibadah
14. Membaca al-Quran
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
0 comment(s)